Dragonball Online 19

aNa MusLim !!!

aNa MusLim !!!

Sabtu, Mei 08, 2010

sesi release tension !!!

Sepetang di Perlis dehh ^_^

Tanggal 3 mei 2010 ,ari isnin.. dngan 2 buah kereta ( viva n kancil) akau dan 8 org kengkawan ku pi mrelease tnsion pah abih exam (wlaupun aku 5 mei tue ad last pper exam) hehe di Perlis Indra Kayangan.. di ketuai Epul (pngarah projek) d pantau oleh Nik (ex-officio 1), maron (ex-offico 2) dan man (exco) serta ajk2 laen iaitu (aku, afiz, acap, adol, dan lan)... hehehe.. destinasi pertama kami mnuju ke padang yg tk sberapa besar (pdg besar).. ronda2 beli ap2 yg patut.. tengok2 na yang berkenan beli laa... twar r sket harge tue.. alhamdulillah... dpt kurang... best dehh..

After that, singgah di masjid tok tunaikan solat asar (kewajipan tue), pas tue.. ttiba kwn tnya nk pi mana lpas nie..?? Gua Kelam.. akhirnya kami berjaya menapak ke Gua Klam.. fuuyyooo best woo..ada kolam (ke sungai) confuse r plak. tp tk dpat mandi.. sluaq ngan towel tk bwak.. coz tk plan pada awai nya..(T_T) tgkap2 pic.. pelbagai style yg ditunjuk kan.. pelbagai ragam gak.. smua mmg hepy gilak.. ^_^ ye r.. daa "MERDEKA"...

Then, trus bertolak ke jeti langkawi (kuala Perlis) tok menjamu selera (mlantak).. sblom tue tngkap pict dlu tgah matahari tbenam.. syiookk gler... cantik.. sweet..

Time order mkn.. aku ngn Epul pi order mkanan tok di mknkami smua, man order air sirao( 2 jag n satu teh o-ais) mmg btoi2 trkejut.. duub2 smua nya rm 15.. mlampau tol r dak tue mntak hrga g tu... iisshh2..
ok laa.. redha jak laa (wlaupon msih bengang ngan dak tue)

Slpas tue mknan pon smpai.. smua mlantak dngan lhap nya coz perut da lpaq r.. hehehe.. kenyang gler!!!.. mmg puas ati mknan (wlaupun nasi sket).. after mkn trus blek.. singgah dlu tok solat isya`... fardhu tue, kwajipan umat Islam semua...

Nie laa dia snapshoot pict2 kami di sana... ^_^ hehe.. syyiioook abiezz...



~Sebelom nk gerak ke destinasi.. Pose r sket dlu...
hehe =)









~Welcome to Perlis ... cayaa laa...












~ Nie pic kat padang besar..
kat dpan kdai akak yg best(murah hati oo)











~Sedia !!! pose.. hehe.. pelbagai style eak korang semua..











~Psst!! tgok apa tue ooi.. hehe
bajeet r semua...












~Kenangan tue.. pose baek punyeer...













~pic sapa laa tue... isshh2 (~_0)
apa2 laa pic nie.. hehehe











~ haha.. smpat pose wlau pon agak penat... smile!!!
(kat kuala Perlis)











~hahaha.. sedap wOooo... jom mkan..
air sirap sedap.. tp mhal nk mampus!!!!











^_^ moga ukhuwah yang terjalin nie berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Peace not war..
ukhuwah Fillah Abadan Abada.. ('''(~_~)''')
Semoga apa yang kita bina nie menjadi ikatan yg teguh.. kekal sentiasa.. di sinari rahmat Ya ALLAH... aMiin...


Jumaat, Mei 07, 2010

family ku ^_^


Assalamualaikum sahabat...

Terasa tergerak hati pulak nk menulis tntang keluarga sy... ok laa...

Nama ku Nasyrul Izzuan Bin Shahar... berumur 21 thun (tp lom ckup lg)..=) berasal dri Kg Gesir Sg Selisik K.K.B..tempat lhir pon kat situ gak... mendapat penddikan awal di Sek. Keb Gesir dan Sek. Ren Aga Gesir.. seterusnya melanjutkan plajaran ke pringkt menengah di Sek Aga Men Sg Selisik (mmg minat blajar kt sek aga) hehe.. abih jak SPM trus kan blajaq aliran Stam di Sek Aga Men Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMTKKB)... Sekrang blajaq plak kt Uni Utara Malaysia... dalam bidang Muamalat Adminstration..nak masok sem 5 daa... hehe, makanan kegemaran mesti laa masakan emak ku cam gulai ayam msk lemak cili padi, kari ayam, ayam rendang.. lau nk di ikut kan byk r..(maleh nk tlis) hehehe.. berperwatakan bersahaja, sempoi (agaknya) lucu gak kdg2... pokok nya aku nie org yang sderhana (trmasuk tinggi)..

cita2 ingin jadi consultant(kt bank ka, pejbat Islam ka,atau kt institusi bdn Islam) pada awal nya.. kadng2 tue nk jdi cikgu.. coz nk ikot jjak lgkah akak sulung ku (kini jdi ustzh yg mngajar Bm, Penddkan Islam dan Pnddkan Al-Quran)...
stkat itu jak kot tntang diri ku..

Tentang family ku pula, aku nie anak ke tiga dri 6 org adik beradik.. 2 lelaki dn 4 perempuan...
ayah ku bernama Shahar Bin Hj Jaafar, manakala ibuku bernama Siti Saedah Binti Munir..
yang sulung adalah kakak ku bernama (Roseharyati) skrang keja sbg ustzh di Sek Men Sains Johor.. yang still perempuan dan akakku tue bernama (Normalina).. yang ketiga adalah aku.. adikku yang keempat lelaki bernama (Muhammad Yusri).. manakala yang kelima adik perempuan bernama (Nur Hidayah) dan yg terakhir still adik perempuan yang bernama (Nurul Adha)..

2 akak sulung aku udaa kerja manakala 4 adik beradik yg len still dok stdy..
sorang kat UUM, sorang pula kt Poly Sb Permatng Pauh, manakala adik yg 2 orang tue kt Sek Men Keb Gedangsa.. Tahun Nie SPM n PMR... buat yang terbaek adik2 ku...
bitaufiq Wan Najah Fil Imtihan.. amin..

Nie photo2 family ku time ari raya lepas dan sbagainya ^_^ ....




Sebuah keluarga yang bahagia... ceria ^_^







~ Bersama bergambar di pg raya slpas bermaaf-maafan.. =)


~ Pic bersama hidayah (di pggil kak chik)...













~ Pic bersama adha (adik bongsu ku)..














~ Pic akak slung ku.. =)










~ Pic mak ayah ku yg tercinta.. miss ny.. hehe














~ Pic akak2 ku yg tersayang...

time konvo..














N lastly..
~ Pict aku bersama yusri ( yg d panggil abang dlm kluargaku) time nie aku nk blek UUM n adikku nk blek Penang..













Doa aku pada ALLAH, semoga keluarga ku dilindungi ALLAH, di rahmati ALLAH, di kasihi ALLAH.. Sehat tubuh badan dan di jauhi dri sebarang penyakit.. ameen ya Robb...




p/s : Senyum selaluu dehh!!!...
always be happy where ever u are .. hehe

motivasi !!!

Petua Mencuci Hati
www.iluvislam.com
Oleh : pharmchan
Editor : naadherah




Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
~ renung2 kan lah dan selamat beramal ~

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubatSelain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hariSemasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positifJangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci mindaPaling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. BerpuasaSekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati - (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makananjangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat


**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya smiley-wink **

Khamis, Mei 06, 2010

wallpaper design... ^_^

Islamic wallpaper..




















Nauzubillah...

Bila rasa boring semua tk dak benda yg nak di buat.. apatah lagi bila merdeka pas abih exam.. Boring.. tgah2 belk2 surat khabar, trbaca artikel tntng pembunuhan dan samun yg melibatkan kematian... tkziah buat kluarga mangsa... kejam sungguh penjenayah nie.. time nk solat lakukan perbuatan nie.. btoi2 langsung tdk berhati perut.. kenapa la dunia skrang nie... geram tol ngan penjenayah(pnjnayah yg berhati busuk) nie... sesuka ati dia jak nak bunuh sana bunuh sini... melampau... siot!!!! haiwan pon tk bunuh2 sperti yg dia lakukan..

Pembunuhan, jenayah, rompakan, rogol merata2 berlaku dan di lapor kan di akhbar2... nauzubillah.. nie la artikel nya tentng kejadian tue..... seb baek polis da dpt lakaran wajah "binatang" tue...

[ AMPANG: Seorang suami hanya mampu tergamam tatkala memangku tubuh isteri yang berlumuran darah dalam keadaan muka, leher dan dada parah akibat ditetak penyamun yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Dalam kejadian samun antara jam 7 hingga 9 malam kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit, Isnati Sahid, 58, ditemui terbujur kaku oleh suaminya, Suratman Sulaiman, 62, dalam bilik tidur di rumah mereka di Pangsapuri Intan, Ampang Permai di sini, sebaik pulang dari masjid berhampiran.

Mangsa dipercayai diserang penyamun bersenjatakan parang yang menceroboh masuk ketika bersendirian di rumahnya. Suratman yang ditemui semalam berkata, penyamun dipercayai mengambil peluang masuk ke dalam rumahnya ketika isterinya bersendirian dan ingin menunaikan solat Maghrib.

“Saya ketika itu baru pulang dari masjid kerana bertugas sebagai bilal kira-kira jam 9 malam. Namun, sebaik meletakkan motosikal di hadapan rumah, saya terkejut apabila mendapati percikan darah melekat pada cermin tingkap bilik tidur.

“Firasat buruk yang berlegar di kepala ketika itu akhirnya terbukti apabila saya menemui isteri terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas katil sebaik meluru ke bilik tidur,” katanya. Menurutnya, dia tergamam sebelum memangku isterinya yang ketika itu sudah tidak bernyawa. “Saya hanya mampu mengesat darah pekat pada mukanya sebelum melihat bahagian itu mempunyai kesan luka terbelah akibat ditetak.

“Malah, kesan luka dalam turut ditemui pada leher dan dadanya. Saya juga sempat melihat kedua-dua tangannya cedera ditetak selain jari tangannya hampir lumat dipercayai akibat tetakan gila penjenayah,” katanya. Malah, semua cincin, rantai dan gelang tangan dipakai isterinya lesap selain beg pinggang serta wang jualan yang disimpan dalam laci hilang.

“Saya hilang kata-kata dan hanya mampu mendukungnya. Saya meminta bantuan jiran membawanya ke Hospital Ampang dengan menaiki van,” katanya. Menurutnya, kejadian itu meluluhkan hati kerana isterinya yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Haji amat lemah-lembut dan pandai mengambil hati.

“Malah, beberapa hari sebelum kejadian ini, arwah kerap memicit dan menggosok badan saya setiap kali sebelum tidur. Dia sering bertanya sama ada saya sihat atau sebaliknya berikutan saya kerap demam kebelakangan ini.

“Tapi, Tuhan memanggilnya terlebih dahulu. Susah untuk terima cara kematiannya, namun semua ini sudah ditakdirkan,” katanya. Menurutnya, dia dan isteri baru pulang daripada menunaikan umrah seminggu lalu selepas beberapa kali menunaikan ibadat sama sebelum ini.

“Penjenayah mungkin menyedari isteri saya bersendirian di rumah kerana sebelum ini Mak Haji ditemani seorang pembantu kedai wanita warga Indonesia.

“Namun, wanita terbabit ditahan imigresen baru-baru ini ketika kami menunaikan umrah menyebabkan isteri terpaksa bersendirian di rumah ketika ketiadaan saya,” katanya ketika ditemui di Surau At-Taqwa berhampiran Pangsapuri Intan, bagi menguruskan jenazah isterinya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa maut akibat parah pada leher.

“Mangsa juga cedera pada kedua-dua tangan. Kami percaya suspek cuba menyamun dan tindakan mangsa yang cuba melawan menyebabkan lelaki terbabit menyerangnya.

“Kami (polis) mendapati dua gelang tangan milik mangsa juga dilarikan suspek. Malah, polis percaya kekejaman suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, pihak berkuasa turut menemui sebilah parang di tempat kejadian yang mempunyai kesan darah.

“Sehingga kini kita tidak dapat memastikan sama ada ia adalah senjata yang digunakan dalam kejadian ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395 kanun sama kerana samun bersenjata,” katanya. Abd Jalil berkata, lakaran fotofit wajah suspek sudah diedarkan kepada orang ramai bermula semalam dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali penjenayah terbabit diminta menyalurkannya kepada pihak polis dengan segera bagi membantu siasatan.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi memastikan suspek ditangkap dengan segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya. Sementara itu, jenazah mangsa yang selesai dibedah siasat di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM), Cheras, selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kuari, dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam]..

masyaALLAH... teruk nya umat nabi Muhammad S.A.W skrang... nyawa bagaikan tiada harga.. senang2 jak boley dibunuh.. kejam nya penjenayah nie... btoi2 tiada perikemanusiaan.. bgaimana jika kjadian sebegini trjadi kpd fmily dia...??? harap2 kejadian nie tk berlaku lgi.. dan moga2 penjenayah cepat ditangkap dan di bawa ke muka pngadilan.. berikan hukuman yg setimpal ke atas perbuatan yg tlah dia lakukan...

Al-Fatihah buat arwah mangsa..

buat tatapan..renungan bersama!!!

Artikel ini sy dapat dari kwan...
renung2 kan lah dan tatap lah..

Kita Terlahir dari Perut Ibu ( Sebuah Kenyataan yang Patut Kita Renungkan ) Tolong siapkan sapu tangan Anda sebelum tumpah Air Mata..


Aku Lahir dari Perut Ibu…
(Bukan kata orang...memang betul KAN....??)

Bila dahaga, yang susukan aku....ibu
Bila lapar, yang menyuapi aku....ibu
Bila sendirian, yang selalu di sampingku.. ..ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut....Ibu

Bila bangun tidur, aku cari.....ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....ibu
Bila ingin bermanja, aku dekati....ibu
Bila ingin bersandar, aku duduk sebelah....ibu
Bila sedih, yang dapat menghiburku hanya....ibu
Bila nakal, yang memarahi aku....ibu
Bila merajuk, yang membujukku cuma.....ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....ibu

Bila takut, yang menenangkan aku....ibu
Bila ingin peluk, yang aku suka peluk....ibu
Aku selalu teringatkan ....ibu
Bila sedih, aku mesti telepon....ibu
Bila senang, orang pertama aku ingin beritahu.... .ibu
Bila marah.. aku suka meluahkannya pada..ibu
Bila takut, aku selalu panggil... "ibuuuuu! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....ibu
Bila aku ingin bepergian, orang paling sibuk juga.....ibu
Bila buat masalah, yang lebih dulu memarahi aku....ibu
Bila aku ada masalah, yang paling risau.... ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...ibu

Kalau pulang ke kampung, yang selalu member bekal.....ibu
Yang selalu menyimpan dan merapihkan barang-barang aku....ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku...ibu
Yang selalu memuji aku....ibu
Yang selalu menasihati aku....ibu
Bila ingin menikah..Orang pertama aku datangi dan minta persetujuan. ....ibu

Namun setelah aku punya pasangan……………..
Bila senang, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....ibu
Bila mendapat keberhasilan, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....ibu
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....ibuku
Bila ingin berlibur, aku bawa.....pasanganku

Bila sibuk, aku antar anak ke rumah....ibu
Bila sambut valentine.. Aku beri hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... ibu ingat aku
Setiap saat... aku akan telepon pasanganku
Entah kapan... aku ingin telepon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah kapan... aku ingin belikan hadiah untuk ibu

Renungkan:
"Kalau kau sudah selesai belajar dan berkerja... masih ingatkah kau pada ibu?
Tidak banyak yang ibu inginkan... hanya dengan menyapa ibupun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau ibu sudah tiada....... ...

IBUUUU...RINDU IBU.... RINDU SEKALI....
Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya....
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya......
Berapa banyak yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
Berapa banyak yang sanggup membuang belatung dan membersihkan luka kudis
ibunya....
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Berapa banyak yang sanggup meluangkan waktu untuk menjaga ibunya yang telah uzur…..

Cube korang semua renung2 kan... banyak sgt jasa dan pengorbanan IBU kita sejak awal kelahiran kita sehingga ke hari nie... jgn lah membuang mereka (ayah dan ibu) seperti kes2 yg berlaku d zaman skrang.. nauzubillah.. tahu tak korang, marah ALLAH dtg nya dri marah kedua ibu bapa kita..
murka ALLAH dtg nya dri kedua ibu bapa kita.. benci ALLAH dtng nya pon dri kedua ibu bapa kita jgak.. jika mereka marah,mereka benci sama lah seperti ALLAH membenci & memurkai kita (kerna perlakukuan kita kpd kedua ibu bapa)....
FIKIR KAN... RENUNG KAN...

Jangan lah kita semua membuat duka pada nya.. ingt lah IBU.. sayangi IBU.. kasihi IBU.. hargai IBU..

INGAT LAA!!! IBU

INGAT LAA!!! IBU

INGAT LAA!!! IBU

Selagi IBU masih ada di dunia ini... (T_T)...

pakaian hiasan peribadi

Pakaian merupakan suatu kemestian baik lelaki mahupun perempuan.. sesuatu pakaian mestilah bersih dan selesa dipakai oleh sesiapa pun.. amat digalakkan dalam Islam bahawa semua orang baik lelaki mahupun perempuan mestilah memakai pakaian yang menutup aurat.

seperti mana yang kita ketahui, bahawa Islam tidak suka akan orang yang suka mendedahkan aurat masing2.. jika mereka mendedahkan aurat kepada sesiapa yang bukan muhrim nya, maka akan mendapat dosa..

setiap individu telah mengetahui akan batas aurat masing2.. lelaki ( paras pusat hingga lutut )
manakala perempuan (seluruh badan kecuali dua tapak tangan dan muka )..
contoh-contoh pakaian yang di galakkan dan ditegah :-

pakaian muslimah yang betul (sopan dan menutup aurat)

pakaian yang amat ditagah dalam Islam bg kaum wanita ( tdk sopan malah sksi)

Bagi lelaki pula pakailah pakaian yang kemas dan jangan pakai yang menampak kan aurat lelaki.. jgn lah terlebih over dan terlampau mngikut trend sgt shingga melupai etika dan praturan pemakaian pakaian bg lelaki yang telah ditetapkan ...
- tidak rugi jika kita menutup aurat tue.. pilih lah smada nk
PAHALA ataupun DOSA...

Memang zaman sekarang semua individu tdk kira tua ataupun muda ingin mengikut trend masa kini di dalam etika pemakaian , cara hidup seharian, fesyen dan sebagainya.. adakalanya kita melampau dengan menghabiskan wang untuk membeli perkara yang tidak berfaedah, mmbazir masa shja.. baik kita membuat amal jariah.. dapat gak imbuhan nya nanti (pahala dan bekalan di akhirat sna)
sedih tengok remaja skunk yang suka berpakaian yang menjolok mata.. suka benor depa eak.. menghalal kan apa yang haram.. ishh2.. apa nk jadi..

T
udung ntah ke mana, semua hlang.. ada jgak yang mamakai tdung (bg perempua) tp pakai bju lengan pendek..!!! tk ckup kain ka.. smpai ley nmpak clah punggung tue... cantek sgt ka smpai nk wat tatapan semua..
masyaALLAH.. BAIK TRUS TELANJANG JAK LAU MCM ITU.. nauzubillah..
bg lelaki pon jgn ingat ley tk brbaju sesama lelaki.. aurat tue, apatah lg dengan wanita.. lagi laa... so tutup2 kan laa badan tu dgn berbaju, tkaq sluar pendek ke sluar panjang.. lawa sngt ka bulu2 tue..!!!

lagi satu, banyak kan kesannya yg akan kita dapa terutamanya bg wanita yg suka sgt dedahkan aurat tue seperti :
  • kang terjadi plak jenayah rogol. sapa yg susah!!! family gak nti..
  • dosa la yang akan dpat ti.. tk kan r kita nk bawa bklan dosa nti di akhirat..?? ttup laa aurat tue. ubah cara pemakaian.. insyaALLAH.. Pasti ad imbuhannya..
  • jatuh kan maruah jak, timbul fitnah.. tmbh plak ti dosa org2 laen (kerna mngumpat pkaian "over" seksi yang kaum wanita pakai tue)
Nak ka kta jika perkara seperti di atas nie trjadi..????

so, pandai2 laa kita semua membuat pilihan.. pilih yang aman baik dan mana buruk.. yang mendatangkan manfaat (pahala) dan yang mendatangkan mudharat (dosa)..
baik lelaki mahupun wanita...

Tutup aurat tue.. jgn dibiarkan shj.. bkan korang jak yg dpt imbuhan (dosa) lau tk tutup aurat tue, tp org sekeliling pon trkena tmpias gak..
jdi.. amek laa iktibar eak..

Rabu, Mei 05, 2010

salam perkenalan ^_^

Assalamualaikum sahabat...
pertama kali ingin mencuba membuat blog... nak try sesuatu yang baru.. semacam best, teruja sangat nk wat blog.. ^_^ harap dapat teruskan minat ini.. doakan sy eak..
maklumat dan bahan cerita pon belum ada, so lau ad sesiapa yang berminat tolong la post something cerita yang best.. dan berilmiah agar semua akan dapat manfaat nya.. insyaALLAH..
banyak tujuan sy menulis blog.. dapat mempraktikkan penulisan. selain itu dapat bertukar2 cerita, pandangan dan juga menambah kenalan..

Pengalaman sya pon kurang dalam penulisan.. hehehe.. tapi, insyaALLAH akan diperbaiki dari masa ke masa..
doakan sy istiqomah untuk menulis blog ini..


- berpegang teguh pada kata2 seorang sahabat..

"Demi Jiwa Yang Berada Dalam GenggamanNya"

so, terima lah salam perkenalan dari sy untuk pembaca2 blog.. (~_~)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...