Dragonball Online 19

aNa MusLim !!!

aNa MusLim !!!

Rabu, Januari 26, 2011

kucing & anjing




KUCING : Hai anjing, kaif hal? Aku tgok muka ko cam ad masalah jak?



ANJING : Baek (sehat)...
Aku tengah tension nie wei. nyaris jak aku gigit manusia tadi

(skit jak lg)...



KUCING :
aik?? Kenapa pulak?



ANJING :
tgah sedap2 aku dok kt tepi pntai td, ada laa dua orang manusia lelaki dan perempuan nie lalu depan aku.. tgah sedap2 berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat berok dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!! Geram sungguh aku wei..



KUCING
: Ya ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia (njis mughalazah tue).

Biasalah tue... naseb ko..



ANJING :
Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh lg laa disamak. Yang dia sentuh2han dan raba-raba cewek dia tu apa? Boleh ke dia nak samak dosa???



KUCING
: Betul gak tue. Memegang wanita yang sah2 bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah(halal), lebih dahsyat tahap kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.!!



ANJING :
Wah.. ayat ko memang sdap giler power r…


============++++++++++++++++============


Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.



Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.



Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)


So.. mmg da termaktub kan dlm Al-Quran bahwa memegang atau sentuh apa2 bhgian manusia (yg bukan muhrim nya) haram dan tidak boleh.. berdosa jika kita melaku kannya... jgn laa kerna nk kesedapan dn keasyikan dosa diketepikan.. tk boleh mcm tue...


Mmg ALLAH melarang makhluk nya berbuat ini kerna dari sentuh2 han nie laa akn terjadi perkara yg tk baek, lgi besar dosa nya.. ZINA!!! Langsung terjerumus ke lembah itu... moga kta semua ingt bhwa jgn sesekali pon kita mnyentuh secara sngaja akan seseorng yg bukan muhrim nya.. BERDOSA... lau tk sbaq sgt KAHWIN laa.. senang.. tp pstikan laa da cukup bersedia, untuk mmikul tggunggjawab slepas berkahwin.. =)


Smpai sini sja ap yg ingin sy kongsi kan.. trima kaseh pada pembaca (jika sudi baca laa) hihi... =)


baek pegang & peluk mak kat umah tue dri pegang & peluk sperti yg depa nie wat pada gmbaq kt atas nie... issh...






2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...