Dragonball Online 19

aNa MusLim !!!

aNa MusLim !!!

Sabtu, Oktober 08, 2011

masyaALLAH..!!!


Bayi 23 hari diliwat bapa

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

__________________________________________________________________________


ALAMAK..!!! mmg tk berhati perut punya si BAPAK... da ilang akai ka... itu laa... kalau diri da bertuhan kan NAFSU... masyaALLAH... nauzubillah...


Manusia sudah semakin PELIK... cop!! Sy mention kan Sesetengah manusia laa yg sudah tk mengendahkan

HALAL @ HARAM.. DOSA @ PAHALA...


main redah jak... aiihhhk.. goram den donga nyo...

Apa kah yang membuatkan si BAPAK tue sanggup untuk melakukan perkara DURJANA terhadap si BAYI nya yg baru jak berusia 23 hari..??? satu jak sebab nya yg bermain di minda sy.. ini adalah kerna NAFSU... bila nafsu da mnguasai diri akal yg sihat pon tk dpt mnandingi kekuatan nafsu tersebut...


IMAN tk kukuh... semakin lemah iman tue, semakin byk laa akan timbul perkara2 dan permasalahn yg tk bermoral seperti nie dan sebagainya...


Sy tk tahu laa sma da bayi nie msih boley bertahan atau tidak... sy doa kan si BAYI nie selamat... mintak supaya si BAPAK yg bukan mcm bapak (durjana dn berhati binatang) nie dikenakan hukuman yg setimpal sgt2...



p/s : bersama kita ‘amar ma’ruf wa nahi ‘anil mungkar... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...