Dragonball Online 19

aNa MusLim !!!

aNa MusLim !!!

Jumaat, September 30, 2011

ha ha


~AS-SALAM ~


Just nk buh kan entry nie jak dlm blog yg tk sberapa nie... hahaha =)

Ce try cari sy yg mana satu dlm pict nie...

Da dpt cri sy dpt ucap kan tahniah jak... hehe

Tk dak hdiah2 pon =)

BOHsan..!!!

MOOD nak wat assignment tk mai2 lagi nie.. wuhohohoho...


+++++++++++++++..............=======..............++++++++++++++++



=) ha ha ha (=


Rabu, Mac 23, 2011

adooi doii kaki ku.!!!


As-salam semua...

Haaii... setelah sekian lama kali dan kali nya, bru laa sy dpt mengh-Updated blog tk famous sy nie... ha ha ha.. ya ya laa... semua nya kerna kekangan masa tok belajaq, assignment yg da terbelambak.. dengan program lagi... al-maklum laa., nk gak sibuk2 kan diri nie... hahaha

Aduihhh... tanggal 17 March 2011 bersamaan hari khamis, berlaku laa kejadian yg first time trjadi pd diri sy nie.. hahaha... lawak r plak.. bila tingat kan balek...

Nk tau tk.. hahaha.. sy terjaja-terjelopok (perkataan baru nie) kaki sy nie kt dlm longkang yg agak sempit... mak aii.. hanya ALLAH jak yg tau ksakitan tue...

Terduduk sy pah jatuh... da tk timbul da prsaan malu, walaupon mmg da malu gak.. kerna rmai org jenjalan kt MALL UUM... nk kena cepok longkang nie... beri laa isyarat pd sy nie, careless toi.. hoho.. haa, sendiri tanggung laa..

10 minit dok jap kt longkang tue... bkan kerna malu ngan org.. tp kerna skit.. dlm ati berdoa byk2.. jgn ada broken2 nie.. tkot dehh... amek kekuatan jap, trus mula kan langkah yg trok tue nuju ke bilik yg jauh tue.. huhuaa..

Agak nya, timbul dlm ati time tue.. knapa eak aku jtuh.. sdng kan sy da berhati2 da time lalu kt longkang Mall tue.. agak nya daa tkdir,.. nk wat cmna.. trima laa.. maybe gak ALLAH nk tunjuk blsan kt sy.. kenapa..!! kerna sy lari dri melakukan presentation.. hahaha.. tkot punye psai... pdahal kelas tue tk jdik pon presentation.. huaa2.. Rugi toi na... SABOO ja laa...

Jatuh longkang ari khamis,, tp pi jumpa doc ari sbtu.. aiihh, mna laa tk bengkak kaki tue.. nk cari pengurut tk dak kt PETRO nie.. saboo lg..

Baru jak pd mlm nie (22 March 2011) ad sorang senior tlong urut kan kaki yg daa cam belon.. sket g nk jdik kaki anak gajaoh.. hahahha.. time ngurut kaki nie punya laa sakit.. aduihh... tanggung jak laa.. tp MENGURUT mmg sangat laa SAKIT.. hohohoo...

Alhamdulillah da mnunjuk kan prubhan... da tk sengal2 sgt kaki sy nie.. tgok laa kot2 ad prubhan lg sok pg.. hrap2 ad laa... huhu...

Doa kan sy eak supaya kaki sy sembuh cepat eak kawan2... insyaALLAH... =)

============+++++++++++++++++++++++============

setelah di urut dan di balut..

p/s : pokmer, cheq amek tau bandage ang yg bru nie.. hahahaha

ksakitan melampau tang buku lali dan sekitar nya.. huhuaa.



p/s : mengabaikan laa time tertgok gmbaq kaki yg terserabut

ngan bulu kaki yg da cam gaya utan sintok... hahaha


Rabu, Februari 23, 2011

Citer Besh..

AS SALAM

Di ucap kan buat semua geng2 blogger serta pembaca blog.. ha ha ha.. stelah tidak mengUpdated kan blog sy nie tok skian masa, akhir nya tergorak juo ati den nie haa nk post kan entry yo.. haha... mungkin kerna ksebukan wat assignment, discussion n sbg nya, buat kan sy terlupa sbntar ama blog sy nie..

entry kali nie tntg satu movie yg tk smpai sbulan g keluar nya.. sy pasti smua tau agak nya movie nie.. agak mencecah panggung gak laa kutipan tok movie nie.. rzeki eak buat pngarah serta pelakon2 nya..

ha ha ha... nie laa movie nya “HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH”

p/s : citer daa lma kuaq bru laa sy nie terkial2 nk wat entry tntang citer nie.. whahahaha

Syiook woo sy ckap tntang movie nie.. best ooo... haha.. pnuh ngan kelawakan yg pelakon2 citer nie wat.. gnre citer nie komedi seram gmak nya.. citer nie tk seram eak kwan2.. so, jgn tkot... tk rugi tgok citer nie.. kelakaq sungguh..

Yang wat kelakaq dlm citer nie adalah wtak USOP.. hehe.. jenuh laa dia meliuk lentok kan tgan dia tue... hahaha... watak hussin, abi, pak abu pon best gak... yg pling tk tahn watak kak LIMAH..hahaha.. seram gak tgok muka dia..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Nie laa dia USOP.. pnuh kesantunan.. tk kira dri segi bercakap, mahupon fzikal.. hahaha.. trade mark dia “Kita bako je”


Nie plak HUSSIN (Awie).. wtak utama.. best.. first time kot awie men krakter lwak nie.. (agak nya laa)


Haa.. nie dia watak ABI HURAIRAH (JOHAN r.L) lawak toi.. trutama ktika dia dan Usop mngacau hussin.. ketika dia mnegur Kak Limah.. haha..


Watak paling berjaya KAK LIMAH (Delimawati) haa, wtk yg mnarik.. tp sy pelik r.. tk kan smpai bgtu prangai dan krakter org yg mngalami skit jiwa.. trok bebeno tue.. haha, sedap gak eak sore dia time dia nyani enjit2 semut sapa sakit naek atas.. hehe

Pengarah Berjaya.. haha.. tinggi gak kutipan yg dia dapat.. rezeki.. (Mamat Khalid)..

haha.. watak sempoi.. tringat plak dialog dia pah kna pelok ngan Hantu Kak Limah "dia peluk sy td, geram sy, sy rase nak lempang je dia..Sabo je laa.. tue dia trade mark dia "Sabo je laa" haha


So, bagi sesapa yg belom atau tringin nk mngulang tengok citer “HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH” nie tonton jak laa.. tk rugi.. tk boring.. nie pndpt sy laa.. lau tk nk mmbazir duet kt pwgam, download laa citer nie kat www.syok.org pasti ad.. hehe.. kena daftar dlu lau nk download ..

================================================================================

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah :
Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.

Isnin, Februari 14, 2011

maulidur Rasul.. (O_^)


Tanggal 12 rabi'ul Awal..

Lahir nya seorang putera kepada bapanya Abdullah dan

ibunya SitiAminah..

Seorang Putera yang di beri nama

MUHAMMAD S.A.W...


+++++++=======+++++======+++++========+++++++

selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Manusia yang beragama ISLAM.. (O_^)


Khamis, Januari 27, 2011

Rabu, Januari 26, 2011

kejam nya..!!!!


SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.


Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.


Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang. “Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.


“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya. Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.


Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.


Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.


“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak. “Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu. Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.


“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.


===========++++++++++++++++++++===========


DUNIA... masyaALLAH... truk nya... apa nk jd eak dgn manusia zmn skrang.... daa giler ka.. nyawa boley di ambil bgitu sja... mcm daa tk dak nilai... ALLAHU AKBAR...

Kesian pada jenazah bayi itu... blom smpat nk mlihat dunia da di bunuh.. di bunuh bkn org laen tp ibu nya sendiri... KEJAM sungguh...

Tp, bgus laa jugak.. kerna apa.. tidak laa bayi itu melihat akan keadaan dunia skrang yg pnuh pncaroba... tk dak laa sempat melihat pelbagai KEKEJAMAN serta KEMUSNAHAN manusia pd zman ini... semoga bayi itu ditempat kan d tmpat yg baek d Akhirat kelak... insyaALLAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...